APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PERINTAH ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 54?
Dan bagaimana hendak memahami perintah tersebut?
Firman Allah yang dikaitkan oleh penulis dengan tumpuan kepada Allah ialah:
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara untuk menyebut Allah dengan atau melalui lisan lidah boleh dilakukan mengikut sepertimana firman Allah pada
Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.
Matlamat yang diterangkan oleh penulis ialah penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah, seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan tentang maksud pengabdian dan tumpuan kepada Allah sehingga berlakunya penyaksian dan pengakuan kepada sifat ketuhanan Allah, penyaksian dan pengakuan kepada Allah seterusnya penyaksian dan pengakuan kepada Allah yang mengenal Allah.
Perkara pertama yang ditekankan ialah meninggalkan perkara-perkara yang menurut huraian penulis menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.
Setelah meninggalkan perkara yang dianggap menyebabkan syirik, penulis membawa perbincangan kepada taubat daripada syirik.
Kaum Nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik.
JANJI YANG DIKAITKAN DENGAN MEREKA YANG MENGAMALKAN NASIHAT PENGAJARAN DAN KEMBALI KEPADA ALLAH
Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;